Posts

Mengekalkan Martabat Bahasa Melayu

Image
  Masih ingatkah anda dengan peribahasa Bahasa Jiwa Bangsa. Mungkin sesiapa yang lahir tahun 90-an hingga 2005 masih lagi mengamalkan peribahasa ini dalam kehidupan mereka. Bagaimana dengan remaja muda kini. Adakah mereka masih mengamalkan peribahasa ini dalam kehidupan mereka?  Saya juga tidak dapat menjawab persoalan itu. Apa yang saya lihat, kebanyakkan golongan muda kini tidak lagi mengamalkan peribahasa ini. Dengan adanya kemajuan teknologi, mereka kini mudah terpengarah dengan budaya luar. Remaja kini lebih gemar menggunakan bahasa slanga dalam percakapan seharian mereka. Selain itu, mereka juga gemar menggunakan bahasa negara lain seperti Bahasa Korea, Bahasa Jepun dan lain-lain.  Oleh itu, kita sebagai negara berdaulat mestilah menggunakan bahasa sendiri. Hal ini agar negara kita tidak mudah dijajah lagi seperti yang terjadi dahulu kala. Kalau bukan kita yang menggunakan bahasa kita sendiri, siapa lagi yang akan menggunakan bahsa kita. Renung- renungkanlah

Jalan-Jalan ke Istana Budaya

Image
Pada 11 Mei 2023, pelajar Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu tahun 2 telah mengunjungi Istana Budaya di bawah penyelia Dr. Fadzilah yang merupakan Penyelia untuk kursus Asas Taeter. Tujuan Lawatan ini adalah untuk memperkenalkan kepada kami reka  bentuk  pentas untuk persembahan teater.  Keunikkan seni bina Istana Budaya ini bersandarkan kepada beberapa aspek kebudayaan Melayu. Jika  dilihat dari atas, bangunan Istana Budaya ini berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula  seperti sirih junjung iaitu lambang pemula acara yang sering digunakan di dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu. Bangunan berkonsepkan bentuk rumah melayu dengan tiga bahagian utama iaitu serambi untuk lobii, rumah ibu untuk Panggung Sari serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Manakala tangga untuk ke Panggung Sari menggunakan konsep tangga tradisional rumah Melayu Melaka. Kami dibawa ke Panggung Sari iaitu salah satu panggung yang dij...

Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail

Image
  Pada 1 dan 2 November 2023, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail “Siti Zainon Ismail: Kembara Seni Berpadu dalam Puisi dan Prosa” bertempat di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP. Seminar ini telah berlangsung selama 2 hari. Seminar Pemikiran Sasterawan Negara merupakan satu wadah yang membicarakan dan memperlihatkan kekuatan pemikiran dalam karya Sasterawan Negara setelah beliau menerima pengiktirafan tertinggi daripada Kerajaan Malaysia melalui Anugerah Sastera Negara. Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ini telah diadakan sebanyak 13 kali dan pada tahun 2023, Seminar Pemikiran Sasterawan Negara diteruskan lagi dengan Sastera Negara ke-14 iaitu Sasterawan Negara Prof. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail. Sasterawan Negara ke-14 Prof. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail dilahirkan di Gombak pada 18 Disember 1949, seorang penyair tanah air yang mempunyai pengalaman yang panjang dalam bidang penulisan seni sastera, b...

Pementasan Cucuk Sanggul Berdarah

Image
  17 Januari 2024, satu pementeasan teater  bertajuk Cucuk Sanggul  Berdarah telah diadakan oleh mahasiswa dan mahasiswi dari kursus BBK3407 Seni Lakon, Universiti Putra Malaysia  (UPM). Pementasan teater Cucuk Sanggul Berdarah ini merupakan satu pementasan  yang mengangkat cerita rakyat dari negeri Kelantan iaitu kisah Puteri  Saadong dan Cik Siti Wan Kembang. Pementasan ini mengisahkan tentang pengorbanan Puetri Saadong yang tterpaksa ke negeri Siam untuk menyelamatkan negeri Kelantan daripada serangan yang dilakukan oleh Siam kerana marah akan Puteri Saadong yang menolak lamaran baginda. Kepulangan semula Puteri Saadong ke negeri Kelantan telah menoreh luka dalam diri baginda  setelah melihat sendiri suami tercinta Raja Abdulah bermukah dengan penari istana, Melur. Teater ini menceritakan bagaimana pengorbanan Puteri Saadong untuk negeri tercinta dan untuk suaminya. Pementasan teater ini bbertujuan untuk mengangkat kembali cerita rakyat yang semakin...

Menelusuri Budaya Indonesia Melalui Sastra Kanak-Kanak

Image
  Pada 5 disember 2023, saya dan beberapa pelajar satera telah mengikuti sesi perkongsian ilmu mengenai perbandingan Sastra Anak Bugis-Makassar dengan Sastra Anak Melayu-Malaysia. Panel yang dijemput untuk memberi pencerahan kepada kami mengenai sastra Anak Bugis-Makassar  ini ialah Dr. Dafirah, M.Hum pensyarah dari Universitas Hasenuddin, Makassar Sulawesi Selatan Indonesia. Melalui perkongsian ini,  beliau telah menceritakan tentang tradisi masyarakat Bugis iaitu nyanyian Elong yang dikatakan semakin dilupakan oleh masyarakat bersamaan dengan kemajuan teknologi.  Tradisi nyayian Elong ini dikatakan semakin dilupakan bersamaan dengan perkembangan teknologi. Menurut beliau, masyarakay Bugis kini lebih gemar membuuka lagu dari telefon bimbit dan diletakkan berdekatan bayi untuk mengulik bayi tidur daripada bernyanyi sendiri. Pebuatan ini secara tidak langsung dapat mengakis hubungan antara ibu bapa dan anak. Elong. Nama yang unik bukann? Pertama kali saya mendengar pe...

Fatimah Az-Zahrah; Pemimpin Wanita di Syurga

Image
  Fatimah Az-Zahra.  Siapa yang tidak kenal dengan figura wanita yang dikenali sebagai penghulu para wanita  di syurga kelak. Beliau juga terkenal sebagai anak perempuan Rasulullah SAW dan isteri kepada Saidatina Ali. Saya kongsikan biodata ringkas Fatimah Az-Zahrah bagi sesiapa yang belum mengenali beliau. Nama Saidatina Fatimah Az-Zahhrah ialah Siti Fatimah Binti Muhammad, dilahirkan pada hari jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi Muhammad  SAW menjadi Rasul.  Fatimah Az-Zahrah adalah putri Nabi Muhammad dan isteri kepada Ali bin Abi Talib. Beliau meninggal dunia  pada 4 Jamadil Awal 11H pada usia 28 tahun. Beliau dikenali sebagai Az-Zahrah yang bermaksud putih berseri. Fatimah dan Ali mempunyai tiga orang anak iaitu Hassan, Hussin dan Zainab.   Mengapa Fatimah Az-Zahrah dianggap sebagai Pemimpin Wanita di Syurga? Rasulullah SAW pernah bersabda "Wanita penghuni syurga  yang paling utama ialah Khadijah binti Khuwailid, Fati...

Kritikan Drama Tempatan: Syurga Itu Bukan Mudah

Image
  Peningkatan kepopulariti drama-drama Melayu kini tidak dapat dibendung lagi. Banyak pihak penerbitan berlumba untuk menerbitkan karya mereka. Pelbagai slot tayangan kini muncul di kaca televisyen untuk menampung drama-drama baru dari pihak penerbitan. Walaubagaimanapun, drama-drama Melayu kini sudah hilang corak kemelayuannya. Drama-drama  Melayu kini lebih cenderung terpengaruh dengan drama luar negara sehingga tidak mengambil kira nilai agama atau tradisi melayu. Hal ini kerana, para penagarah dan penerbitan drama kini semakin tamak dengan populariti yang akan mereka dapatkan jika sebuah drama itu menjadi "viral". Sama seperti drama baru yang kini ditayangkan di Astro yang berjudul " Syurga Itu Bukan Mudah". Drama ini telah mendapat banyak kritikan daripada "netizen" Malaysia. Hal ini kerana, drama ini banyak memaparkan adegan "soft porn" yang tidak sesuai ditayangkan dan yang dilarang oleh agama serta bukan kebiasaan untuk drama  melayu. Dra...