Jalan-Jalan ke Istana Budaya
Pada 11 Mei 2023, pelajar Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu tahun 2 telah mengunjungi Istana Budaya di bawah penyelia Dr. Fadzilah yang merupakan Penyelia untuk kursus Asas Taeter. Tujuan Lawatan ini adalah untuk memperkenalkan kepada kami reka bentuk pentas untuk persembahan teater.
Keunikkan seni bina Istana Budaya ini bersandarkan kepada beberapa aspek kebudayaan Melayu. Jika dilihat dari atas, bangunan Istana Budaya ini berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung iaitu lambang pemula acara yang sering digunakan di dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.
Bangunan berkonsepkan bentuk rumah melayu dengan tiga bahagian utama iaitu serambi untuk lobii, rumah ibu untuk Panggung Sari serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Manakala tangga untuk ke Panggung Sari menggunakan konsep tangga tradisional rumah Melayu Melaka.
Kami dibawa ke Panggung Sari iaitu salah satu panggung yang dijadikan pementasan untuk teater. Panggung Sari mampu menenpatkan 1408 orang dalam satu masa termasuk 788 orang di Balai Sari Penghadapan yang terletak di tingkat satu. Manakala Balai Sari Utama boleh menempatkan 328 di tingkat dua dan 192 orang di Balai Sari Peninjau di tingkat tiga. Kesemua tempat duduk adalah bernombor. Terdapat lampu-lampu kecil di lantai bagi memudahkan para penonton mengenalpasti tempat duduk mereka.

.jpeg)
Comments
Post a Comment