Pementasan Cucuk Sanggul Berdarah

 


17 Januari 2024, satu pementeasan teater  bertajuk Cucuk Sanggul  Berdarah telah diadakan oleh mahasiswa dan mahasiswi dari kursus BBK3407 Seni Lakon, Universiti Putra Malaysia  (UPM). Pementasan teater Cucuk Sanggul Berdarah ini merupakan satu pementasan  yang mengangkat cerita rakyat dari negeri Kelantan iaitu kisah Puteri  Saadong dan Cik Siti Wan Kembang. Pementasan ini mengisahkan tentang pengorbanan Puetri Saadong yang tterpaksa ke negeri Siam untuk menyelamatkan negeri Kelantan daripada serangan yang dilakukan oleh Siam kerana marah akan Puteri Saadong yang menolak lamaran baginda. Kepulangan semula Puteri Saadong ke negeri Kelantan telah menoreh luka dalam diri baginda  setelah melihat sendiri suami tercinta Raja Abdulah bermukah dengan penari istana, Melur. Teater ini menceritakan bagaimana pengorbanan Puteri Saadong untuk negeri tercinta dan untuk suaminya.

Pementasan teater ini bbertujuan untuk mengangkat kembali cerita rakyat yang semakin dilupakan oleh masyarakat dan secara tidak langsung memperkenalkan kembali  pemakaian cucuk sanggul yang semakin dilupakan kepada orang ramai. Secara tidak langsung, pementasan ini berjaya mengangkat kembali dua budaya tradisional Melayu iaitu cerita rakyat dan pemakaian cucuk sanggul.

Comments

Popular posts from this blog

Wau Bulan: Warisan Budaya Negeri Kelantan

Kritikan Filem Tempatan: Filem Pulang

Pemikiran Sastera Islam (Profetik) oleh Kuntowijoyo