Fatimah Az-Zahrah; Pemimpin Wanita di Syurga
Fatimah Az-Zahra. Siapa yang tidak kenal dengan figura wanita yang dikenali sebagai penghulu para wanita di syurga kelak. Beliau juga terkenal sebagai anak perempuan Rasulullah SAW dan isteri kepada Saidatina Ali.
Saya kongsikan biodata ringkas Fatimah Az-Zahrah bagi sesiapa yang belum mengenali beliau. Nama Saidatina Fatimah Az-Zahhrah ialah Siti Fatimah Binti Muhammad, dilahirkan pada hari jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul. Fatimah Az-Zahrah adalah putri Nabi Muhammad dan isteri kepada Ali bin Abi Talib. Beliau meninggal dunia pada 4 Jamadil Awal 11H pada usia 28 tahun. Beliau dikenali sebagai Az-Zahrah yang bermaksud putih berseri. Fatimah dan Ali mempunyai tiga orang anak iaitu Hassan, Hussin dan Zainab.
Mengapa Fatimah Az-Zahrah dianggap sebagai Pemimpin Wanita di Syurga?
Rasulullah SAW pernah bersabda "Wanita penghuni syurga yang paling utama ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim, isteri Firaun dan Maryam binti Imtan". [Diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim].
Hadis lain yang berisi kabar gembira untuk Sayyidatina Fatimah sebagai penghuni syurga ialah hadis yang diriwayatkan oleh Hudzaifah, bahawa Rasulullah berrsabda:
"Malaikat turun kepadaku menyamppaikan kabar gembira bahawa Fatimah binti Rasulullah adalah pemimpin para wanita penghuni syurga".
Meski Kabar gembira mengenai kedudukan beliau di syurga telah dipersiapkan oleh Allah SWT kepada dirinya, Fatimah tidak pernah leka untuk sentiasa menjadikan dirinya sebagai muslimah yang solehah iaitu yang sentiasa patuh dan taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW serta berbakti kepada suaminya. Kehidupan Fatimah Az-Zahra penuh dengan kesederhanaan namun selalu ditaburi barakah. Zuhud dan wara' nya memacarkan kecintaannya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
Fatimah Az-Zahrah turut serta membantu dalam jihhad fi sabillah, di antaranya ialah Perang Uhud, Perang Khandaq dan Perang Khaibar. Fatimah juga bergabung di dalam Fathul Makkah.
Sungguh sejarah islam telah menoreh tinta emas kemulian Fatimah Putri Nabi Muhammad SAW yang cerdas. Fatimah adalah sosok wanita yang bijaksana dalam bersikap, lembut dalam tutur kata, sopan santun dalam beretika, aktif dalam kehidupan bermasyaraka dan sebagainya. Beliau juga selalu peduli dengan keadaan orang-orang di sekitarnya. Fatimah juga dikenal sebagai pejuang sejati dalam membela kebenaran. Fatimah juga sering memberi bimbingan dan ajaran kepada para muslimah, setiapa kali bertemu dengan mereka sebagaimana yang diterima dari ayahandanya Rasulullah SAW.
Dari sosok Sayyidatina Fatimah, kita dapat mengambil banyak ibrah dan pelajaran baik ddarinya antaranya ialah beliau seoorang wanita solehah yang mamppu seimbangkan kehidupan individu, sosial dan keluarga. Beliau juga tampil sebagai sosok yang bersungguh-sungguh dalam menjalankan kebaikan, rela berkorban dan pejuang sejati.

Comments
Post a Comment