Kritikan Drama Tempatan: Syurga Itu Bukan Mudah

 



Peningkatan kepopulariti drama-drama Melayu kini tidak dapat dibendung lagi. Banyak pihak penerbitan berlumba untuk menerbitkan karya mereka. Pelbagai slot tayangan kini muncul di kaca televisyen untuk menampung drama-drama baru dari pihak penerbitan. Walaubagaimanapun, drama-drama Melayu kini sudah hilang corak kemelayuannya. Drama-drama  Melayu kini lebih cenderung terpengaruh dengan drama luar negara sehingga tidak mengambil kira nilai agama atau tradisi melayu. Hal ini kerana, para penagarah dan penerbitan drama kini semakin tamak dengan populariti yang akan mereka dapatkan jika sebuah drama itu menjadi "viral".

Sama seperti drama baru yang kini ditayangkan di Astro yang berjudul "Syurga Itu Bukan Mudah". Drama ini telah mendapat banyak kritikan daripada "netizen" Malaysia. Hal ini kerana, drama ini banyak memaparkan adegan "soft porn" yang tidak sesuai ditayangkan dan yang dilarang oleh agama serta bukan kebiasaan untuk drama  melayu.

Drama  Syurga Itu Bukan Mudah mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetian kepada suami merupakan kunci ke "Syurga". Dia Disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf) yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab. Keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatankan yang baik. Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti "neraka"  dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap  suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil  'Alpha Male Society'.

Sebagai negara yang majoritinya beragama islam, sepatutnya penulis skrip, penerbit dan barisan pelakon mestilah menjaga sensitiviti masyarakat beragama islam.  Lebih-lebih lagi barisan pelakon itu sendiri beragama islam. Dalam  drama ini terdapat babak dimana telah mendapat kecaman daripada ramai pihak kerana diyakini mempunyai maksud yang membawa kepada 'soft porn'. Babak yang mendapat kecaman ialah babak  dimana  Farid (Amir Ahnaf) dilihat meminta isterinya, Aileen (Anna Jobling) pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja. Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita yang berada di bawahh meja pejabat Farid yang seterusnya bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang 'puas'. Potongan babak ini tular di media sosial Tiktok setelah dimuat naik oleh netizen sehingga menerima kecaman yang hebat.

Hal ini telah memeranjatkan orang ramai kerana bagaimana  sebuah drama Melayu kini semakin berani menormalisasikan babak-babak  berunsur lucah atau 'double meaning'  dalam drama atau filem tempatan. Hal ini kerana, babak  sebegitu dapat mempengaruhi penonton khususnya golongan bawah umur. 

Walaupun mendapat kecaman, pihak produksi hanya memandang enteng perkara ini kerana lebih mementingkan popularita dan 'trending' sebuah drama daripada nilai agama  dan kebudayaan masyarakat. Drama ini juga mampu ditamatkan dengan rating yang baik.

Persoalanya, kenapa drama ini masih ditayangkan walaupun mendapat kecaman yang hhebat daripada orang ramai. Jawapannya, masyarakat kini sudah terbiasa dengan drama yang mempunyai 'double meaning' sehingga ianya merupakan perkara normal  bagi mereka. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu khususnya pihak penerbitan filem agar tidar lagi menayangkan drama-drama yang tidak berkualiti ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Wau Bulan: Warisan Budaya Negeri Kelantan

Kritikan Filem Tempatan: Filem Pulang

Pemikiran Sastera Islam (Profetik) oleh Kuntowijoyo