Posts

Showing posts from December, 2023

Malam Puisi Riong: Memperkenal Sastera kepada Masyarakat

Image
  Malam Puisi Riong anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Berita Harian (BH) ini merupakan sebuah anjuran yang dapat mengangkat kembali martabat sastera dan memperkenalkan sastera kepada orang ramai. Puisi merupakan satu genre sastera  moden  yang kini menjadi kegemaran masyarakat untuk meluahkan emosi dan perasaan mereka. Hal ini kerana , puisi ini mampu menjadi wadah untuk masyarakat untuk menggabungkan intelektual dan emosi mereka dalam satu bentuk penulisan. Dalam konteks bidang sastera di Malaysia, puisi merupakan satu warisan budaya yang dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan. Dahulu, puisi ini sering ini sering digunakan untuk menaikkan semangat para pejuang kemerdekaan namun kini puisi sering digunakan untuk meluahkan perasan.

Menelusuri Dunia Sastera Bersama Mawar Safie

Image
  Alhamdulillah, saya dan rakan seperjuangan saya diberikan peluang untuk menemuramah figura hebat  dalam bidang sastera bergenre cerpen iaitu Prof. Madya Dr. Mawar Safie pada minggu yang lalu. Dengan rasa rendah diri, saya dan rakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi pengalaman beliau sebagai penulis di tanah air ini. Berikut merupakan biodata ringkas beliau yang dapat saya kongsikan. Dilajirkan pada 27 Februari 1971, Singapura. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1995) dan  Sarjana Sastera (1997) dari UKM; Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan bandingan dari Nanyang Technological University, Singapura (2006). Beberapa tulisan akademik  beliau terbit dalam jurnal dan majalah serantau. Beliau  merupakan pengulas cerpen Dewan Siswa sejak 2007 hingga kini. Buku terbarunya ialah Alam Sekitar dalam Novel (Penerbit UKM, 2022) dan Narasi Musim Wabah: Antologi Cerpen Covid (Penerbit UKM, 2021). Kumpulan cerp...

Pemikiran Sastera Islam (Profetik) oleh Kuntowijoyo

Image
Pemikiran sastera profetik ini bertitik tolak daripada ayat 110 Surah Ali 'Imran dan bertujuan untuk meniru perilaku Nabi Muhammad SAW. Cetusan idea  pemikiran sastra profetik ini perpunca daripada ungkapan penyair Pakistan Muhammad Iqbal dalam bukunya yang diterjemah dalam bahasa Indonesia yang berjudul 'Kembali Fikiran Agama Dalam Islam" Dalam buku itu, Muhammad Iqbal telah memetik kata seorang ahli sufi Abdul Quddus yang mengagumi Nabi Muhammad dalam peristiwa Israq Mikraj. “Muhammad dari Jaziratul Arab telah Mi’raj ke langit yang setinggi-tingginya dan kembali.  Demi Allah aku bersumpah bahwa sekiranya aku sampai mencapai titik itu, pasti aku sekali-kali tidak hendak kembali lagi." Melalui  petikan ini Kuntowijoyo berpendapat bahawa walaupun baginda sudah tiba di destinasi yang diidamkan oleh ahli sufi namun baginda pulang semula ke bumi untuk berdakwah kepada manusia.  Hal ini kerana, baginda patuh akan tugasnya dalam memberi peringatan kepada umat manusia....