Menelusuri Budaya Indonesia Melalui Sastra Kanak-Kanak

 

Pada 5 disember 2023, saya dan beberapa pelajar satera telah mengikuti sesi perkongsian ilmu mengenai perbandingan Sastra Anak Bugis-Makassar dengan Sastra Anak Melayu-Malaysia. Panel yang dijemput untuk memberi pencerahan kepada kami mengenai sastra Anak Bugis-Makassar  ini ialah Dr. Dafirah, M.Hum pensyarah dari Universitas Hasenuddin, Makassar Sulawesi Selatan Indonesia. Melalui perkongsian ini,  beliau telah menceritakan tentang tradisi masyarakat Bugis iaitu nyanyian Elong yang dikatakan semakin dilupakan oleh masyarakat bersamaan dengan kemajuan teknologi. 

Tradisi nyayian Elong ini dikatakan semakin dilupakan bersamaan dengan perkembangan teknologi. Menurut beliau, masyarakay Bugis kini lebih gemar membuuka lagu dari telefon bimbit dan diletakkan berdekatan bayi untuk mengulik bayi tidur daripada bernyanyi sendiri. Pebuatan ini secara tidak langsung dapat mengakis hubungan antara ibu bapa dan anak.

Elong. Nama yang unik bukann? Pertama kali saya mendengar perkataan tersebut menjadikan saya lebih tertarik untuk mengetahui makna disebalik perkataan Elong itu. Dr. Dafirah yang menjadi panel sesi perkongsian ini telah menerangkan bahawa elong merupakan sebuah nyanyian yang berasal dari daerah Bugis dan Makassar yang memiliki dua erti iaitu nyanyian dan puisi Bugis yang berbentuk bait. Elong ialah karya yang berbentuk puisi dan baris pertama sering diulang. 

Menurut beliau juga,  terdapat beberapa jenis elong. Antaranya ialah Elong Yabe, Elong Pengaju, Elong Madduta, Elong Sibali, Elong Masagala dan Elong Usong. Elong Yabe Lale dikatakan digunakan sebagai nayanyian untuk menidurkan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil. EElong Pengaju untuk tujian menasihati. Elong Madduta untuk pelamaran, Elong Sibali untuk berbalasan, Elong Masagala unntuk perubatan dan Elong Usong sebagai pemberi semangat.

Elong Yabe Lale menjadi topik perbincangan yang dibawa oleh Dr. Dafirah. Tujuan elong ini adalah untuk menidurkan bayi. Bait-bait nyanyian ini adalah sebuah doa dan kata-kata yang baik agar bayi itu dapat membesar menjadi soleh dan solehah, berbakti kepada oorang tua dan masyarakat. Walaubagaimanapun,  beliau mengatakan bahwa tradisi nyayian elong ini semakin dilupakan dan ditingggalkan oleh masyarakat Bugis kerana mereka cenderung untuk memainkan lagu-lagu yang viral sebagai lullaby bagi menidurkan bayi.

Saya juga berkesempatan mencatat beberapa bait Elong Yabe Lale yang dikongsikan oleh beliau;

Cakkaruddu' atinrono 2X
Matinro tudang ammo
Alla nasala nippimmu

Nippi magi mumalewe 2X 
Lewe'no makkawaru
Alla todongi go peddi'

Peddi' kegana mutoro 2X
Kegani mupalllinrung 
Alla tomassalle lolang

Melalui perkongsian ini, saya mendapati bahawa Dr. Dafirah ingin memberi penekanan bahawa sebuah tradisi tradisional tidak sepatutnya dilupakan dan diabaikan oleh masyarakat kerana tanpa  tradisi kita mungkin tidak akan sampai ke tahap ini.  Kewujudan dunia  mmoden semakin menghakis tradisi  rakyat yang telah diamalkan sejak zaman berzaman. Perkongsian ini telah menyadarkan bahawa kita ttidak sepatutnya terlalu taksub dengan teknologi sehingga melupakan asal usul yang kita amalkan sejak dahulu lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Wau Bulan: Warisan Budaya Negeri Kelantan

Kritikan Filem Tempatan: Filem Pulang

Pemikiran Sastera Islam (Profetik) oleh Kuntowijoyo