Posts

Showing posts from November, 2023

Novel Tivi: Sastera atau Bukan?

Image
Novel Tivi karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ini  mengisahkan tentang keluarga Mat Isa yang tinggal di sebuah desa terpencil. Mereka hidup harmoni, hidup berlandaskan agama Islam dan hidup bersederhana. Chah, anak sulung Mat Isa dan Jeha telah membawa diri ke kota untuk bekerja. Namun, kepulangan anak mereka dari kota tersebut membawa 'tetamu' ke rumah akhirnya telah mendorong kepada pelbagai musibah yang dasyat. Antaranya berlaku perlakuan sumbang mahram si ayah dan juga si anak. Novel Tivi ini menurut pandangan islam merupakan satu novel yang dianggap lucah dan tidak bermanfaat. Hal ini kerana, novel tersebut memaparkan tentang adegan lucah dalam televisyen serta imaginasi lucah Mat Isa. Selain itu, novel ini juga seolah-olah mengajak orang ramai untuk berpakaian untuk  berpakaian ketat dan tidak  senonoh. Pakaian yang dikenakan oleh watak Chah ini terlalu ketat sehingga menampakkan susuk badan dan segala lurah di badannya. Dia juga telah mengajar adik perempuan dan...