Wau Bulan: Warisan Budaya Negeri Kelantan

 



Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia khususnya di negeri Kelantan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya. Mengikut lagenda,  Wau Bulan pada mulanya digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta  daerah  yang telah dikuasainya. 

Wau Bulan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Pelayang Malaysia sebagai wau tradisi Malaysia bersama-sama dengan wau kucing dan wau jala budi. Selain digunakan sebagai wau yang diterbangkan, wau bulan juga sering kali dijadikan "wau cantik" iaitu wau yang digunakan untuk pertandingan keindahan corak dan motifnya. 

Reka bentuk wau tradisional ini terdapat lima bahagian asas yang terdiri daripada bahagian kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau. 


Reka bentuk wau bulan menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Memiliki panjang 2.5 meter dan tinggi 3.5 meter telah menjadikan wau bulan lebih besar daripada  saiz wau yang lain. Corak pada bahagian wau bulan akan kelihatan jelas  dan menyerlah dengan saiz  yang dimilikinya. Penggunaan warna yang  terang dan corak yang lebih besar dapat menyerlahkan daya tarikan wau bulan. 

Terdapat empat jenis motif  yang digunakan dalam menghasilkan reka corak wau. Antaranya adalah motif bunga, motif abbstrak, motif haiwan dan motif geografi. Motif bunga adalah antara motif yang digemari oleh kebanyakkan pembuat wau di Kelantan. Motif bunga mmepunyai daya tarikan yang tinggi dari segi kecantikan dan keindahannya serta sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu. Motif bunga labu dan bunga pecah lapan adalah motif yang mudah dilakar oleh pembuat wau. 

Permainan wau ini mempunyai cara tersendiri untuk dimainkan. Pada kebiasaannya wau akan dimaikan oleh dua orang pemain sahaja. Juru angjung sebagai pemegang tali wau dan juru  tarik sebagai pemegang wau. Namun pada zaman dahulu terdapat dua cara bermain wau. Cara pertama adalah wau diperagakan ketika ia sedang berada di udara. Cara yang kedua pula adalah mendekatkan dua atau lebih wau yang sedang naik sehingga talinya bersilang. Pada ketika itulah pemain akan menegang dan mengendurkan tali bagi memutuskan tali lawan mereka. Pemenang akan dikira pada wau terakhir putus. 

Oleh itu, Wau bulan ini merupakan salah satu tradisi yang harus dijaga. Hal ini menyebabkan semua pihak haruslah berganding bahu dalam mengekalkan tradisi ini. Jika bukan kita yang menjaga tradisi ini nescaya tradisi wau bulan ini akan pupus ditelan zaman.


Comments

Popular posts from this blog

Kritikan Filem Tempatan: Filem Pulang

Pemikiran Sastera Islam (Profetik) oleh Kuntowijoyo