Pemikiran Sastera Islam (Profetik) oleh Kuntowijoyo



Pemikiran sastera profetik ini bertitik tolak daripada ayat 110 Surah Ali 'Imran dan bertujuan untuk meniru perilaku Nabi Muhammad SAW. Cetusan idea  pemikiran sastra profetik ini perpunca daripada ungkapan penyair Pakistan Muhammad Iqbal dalam bukunya yang diterjemah dalam bahasa Indonesia yang berjudul 'Kembali Fikiran Agama Dalam Islam"

Dalam buku itu, Muhammad Iqbal telah memetik kata seorang ahli sufi Abdul Quddus yang mengagumi Nabi Muhammad dalam peristiwa Israq Mikraj.

“Muhammad dari Jaziratul Arab telah Mi’raj ke langit yang setinggi-tingginya dan kembali.  Demi Allah aku bersumpah bahwa sekiranya aku sampai mencapai titik itu, pasti aku sekali-kali tidak hendak kembali lagi."

Melalui  petikan ini Kuntowijoyo berpendapat bahawa walaupun baginda sudah tiba di destinasi yang diidamkan oleh ahli sufi namun baginda pulang semula ke bumi untuk berdakwah kepada manusia.  Hal ini kerana, baginda patuh akan tugasnya dalam memberi peringatan kepada umat manusia. 

Pemikiran ini dinamakan sebagai sastra profetik diambil daripada perkataan prophet yang bermaksud kenabian. Oleh itu gagasan ini menekankan kepada perilaku Nabi Muhammad dalam mengurus dunia (umat) dan menghambakan kepada tuhan. Sastera profetik ini merupakan penyempurnaan konsep Kuntowijoyo mengenai sastra yang mengupayakan manusia berpijak di bumi terlibat dengan manusia dan masalah sosial sekaligus menjangkau langit.

Etika  profetik ini diambil  daripada  al-Quran iaitu Surah Ali 'Imran ayat 110 yang diterjemahkan

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”

Dapat dilihat bahawa tiga etika yang menjadi penanda pemikiran ini ialah Amar Makruf (humanisasi), Nahi Mungkar (liberasi) dan Al Iman Billah (transendasi). Penggunaan istilah moden ini adalah untuk memperincikan lagi kepada khalayak sastra. Beliau menambah bahawa etika sastera  ini menjadi pelayan bagi seluruh umat manusia. Terdapat ungakapan Liberalisme akan memilih Humanisme, Marxism liberasi dan kebanyakan agama transendasi. Apa yang dimaksukan dengan ungkapan ini adalah kecenderungan golongan pendukung liberalisme hanya kepada aspek kemanusiaan, marxisme mengutamakan kebebasan, keadilan dan kesamaan hak dan trandensasi kecenderungan golongan agama menekankan hubungan dengan tuhan sahaja. Justeru, beliau ingin menyatukan etika yang saling berpisah ini agar saling melengkapi membentuk etika profetik.

Etika pertama ialah Amar Makruf (Humanisasi)


Makruf menurut M. Dawam Rahargo ialah nama (yang digunakan) untuk setiap perbuatan baik menurut akal fikiran atau syarak manakala menurut Hamka pula, berasal daripada perkataan ‘urf’ yang bermaksud ‘yang dikenal’ dan dapat difahami serta diterima oleh masyarakat. Ensiklopedia al-Quran  pula mengatakan bahawa Makruf ialah segala yang dapat memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa dan berkesinambunga. Kuntowijoyo pula mengatakan berdoa, berzikir dan solat semi sosial seperti menghormati orang tua dan sebagainya. Humanisasi pula  berasal daripada perkataan Latin "humanitas" yang bermaksud makhluk manusia dan kondisi menjadi manusia. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula ialah sifat kemanusian, faham (pendirian, sistem) yang mengutamakan nilai-nilai, kepentingan dan maruah manusia. Kuntowijoyo pula mengatakan bahawa  humanisasi ialah memanusiakan manusia, menghilangkan ''kebendaan, ketergantungan, kekerasan dan kebencian dari manusia. Oleh itu, humanisasi ialah mendorong atau melakukan kebaikan yang diterima  secara positif oleh semua orang. Lawan bagi humanisasi ialah dehumanisasi. Menurut Kamus Bahasa Indonesia, dehumanisasi ialah penghilangan harkat manusia manakala Kuntowijoyo pula mengatakan bahawa dehumanisasi ialah salah satu gejala modenisasi yang mengakibatkan tindakan dan perilaku manusia dikuasai oleh naluri bawah sedarnya. Punca berlaku dehumanisasi ialah egosentrisme, ketaaksuban, keterujaan atau pemujaan melampau terhadap keinginan individu sehingga menyebabkan manusia hilang nilai manusiawi. Oleh itu, sastera profetik ialah mendorong kembali manusia moden ke arah kebaikan dan kemanusia.


Etika Kedua ialah Nahi Mungkar (Liberasi)


Perkataan Amar Makruf sering berjalan seiring dengan perkataan Nahi Mungkar. Mungkar  menurut Al-Mu’Jam al-Wasit ialah setiap yang dihukum buruk oleh akal yang waras manakala menurut Hamka  pula ialah yang dibenci, yang tidak disenangi, yang ditolak oleh masyarakat kerana tidak patut, tidak pantas. Al-Quran dalam surah al-Ankabut ayat 45 pula

“Sesungguhnya solat itu mencegah orang daripada perbuatan keji dan mungkar”

Hadis Rasullah SAW pula

“Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu yang mungkar, hendaklah mengubah dengan tangannya. Jika tidak sanggup hendaklah merubah dengan lidahnya. jika ia tidak sanggup juga maka hendaklah ia merubah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.

Oleh itu, mungkar bermaksud perbuatan negetif yang salah dan tidak diterima oleh agama dan masyarakat serta mesti dicegah. Liberasi pula berasal daripada perkataan Latin “liberate” yang bermaksud memerdekakan atau pembebasan manakala Kamus Dewan Edisi Keempat pula mendefiniskankan liberasi sebagai satu fahaman yang bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik dan bersifat bebas dan terbuka Kuntowijoyo mengatakan bahawa liberasi adalah satu etika penting dalam sejarah Rasullah namun ianya ditinggalkan oleh seniman kerana bimbang dilabel pihak berhaluan kiri. Oleh itu, liberasi adalah mencegah kemungkaran. Kuntowijoyo berpendapat bahawa liberasi akan berhadapan dengan dua cabaran iaitu cabaran eksternal  dan cabaran internal. Cabaran eksternal ialah konflik yang berlaku di luar negara @ global seperti pembebasan negara Palestin dari Rejim Zionis, pembebasan pencerobohan negara kkuasa besar ke atas negara lemah dan pembebasan negara kapitalisme ke atas negara dunia ketiga manakala cabaran internal pula ialah konflik yang berlaku dalam negara @ tempatan seperti penindasan politik, penindasan pemerintah ke atas rakyat, ketidakadilan ekonomi dalam negara dan ketidakadilan gender.


Etika terakhir ialah Al-Iman Billah (transendansi)


Dua etika dia atas tidak akan lengkap tanpa etika ketiga iaitu transendensi. Istilah ini dipadankan dengan ungkapan al iman billah yang bermaksud beriman kepada Allah

Iman menurut Ibn Al Manzur al-Misri ialah berasal dari kata akar amana yang bermaksud percaya atau bukan kufur iatu membenarkan bukan mendustakan manakala Yusuf al-Qaradhawi pula ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu. Haron Din pula ialah membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah dan beramal dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan Hadis Rasullah pula mengatakan Iman itu beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitabnya-Nya, hari akhirat dan beriman dengan Qada dan Qadar. Transendensi pula berasal daripada perkataan latin “transcendere” iaitu naik ke atas. Dalam Bahasa Inggeris pula ialah menembus, melewati, dan melampaui manakala Kamus Dwibahasa ialah yang tidak berdasar kepada pengalaman atau bukti, yang melampau batas pengatahuan manusia.

Dalam konteks sastra profetik,transendensi dilihat sebagai kesedaran ketuhanan yang menjadi pelengkap kepada dua etika sebelumya. Kuntowijoyo berpendapat bahawa krisis peradaban zaman moden ini dapat diatasi menerusi transendensi yang membawa manusia kembali kepada spritual.  Spiritual dalam islam merujuk kepada rukun iman. Selain spirtual Kuntowijoyo juga memilih pendekatan sufisme sebagai tema  transendensi dalam karya. Pemilihan landasan sufisme ini akan melahirkan sesebuah karya yang menzahirkan tanda–tanda keimanan kepada Allah. 

Oleh itu, sastra profetik menitikberatkan transendensi sebagai etika paling utama. Menerusi keimanan kepada Allah masyarakat moden yang terjebak dengan gejala modenisme dapat diselamatkan.

Selain daripada tiga etika  di atas terdapat juga  konsep kaffah yang  menjadi tali  yang menyatukan  ketiga-tiga etika tersebut. Kaffah bermaksud menyeluruh. Kuntowijoyo berpendapat bahawa  ajaran islam  itu sifatnya menyeluruh dan tidak boleh dipisahkan beliau juga berpendapat bahawa  penulisan sastera  adalah satu ibadah  yang seharusnya disertai dengan niat  kerana Allah SWT. Dengan kata lain Kuntowijoyoo berpandangan bahawa kaffah akan tercapai apabila  terlaksana  habl min  Allah (kesedaran ketuhanan) amar makruf nahi mungkar dan habl min nas (kesedaran manusia)  transendensi. Oleh itu, ketika-tiga etika humanisasi, liberasi dan transendansi saling berhubung barulah sesebuah karya  tersebut dianggap sempurna  dan mencapai tahap kaffah. 


Kesimpulannya, pemikiran profetik ini adalah pemikiran yang meniru perilaku Rasulullah SAW  dalam melaksanakan tugas kenabian. Ketiga-tiga etika profetik ini menjadi tiang utama dan saling melengkapi antara satu sama lain


 

Comments

Popular posts from this blog

Wau Bulan: Warisan Budaya Negeri Kelantan

Kritikan Filem Tempatan: Filem Pulang