Pakar Motivasi: Dato' Fadzilah Kamsah



 

Dato' Fadzilah dikenal sebagai pakar motivasi asal Malaysia yang lahir di Kampung Sungai Pinang, Klang Selangor pada 16 Julai 1951. Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya dengan jurusan Sains Pertanian di tahun 1975. Kemudian, Dato' Fadzilah melanjutkan pendidikannya ke University of Wisconsin dan mendapat gelar PhD. pada tahun 1984 dengan pengajian berkaitan komunikasi. Kariernya sebagai motivator bermula apabila beliau menjadi penceramah di Universiti Putra Malaysia sejak tahun 1977 selama 17 tahun. Pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, beliau dinamakan "Tokoh Maal Hijrah" Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan insan.

Antara buku beliau yang saya gemar adalah Petua membantu anak berjaya, Tips menjadi pelajar IPT cemerlang, Stretegi menghadapi peperiksaan, Petua menangani stress dan banyak lagi. Kesemua buku beliau ini mampu menjadikan saya lebih bersemangat dalam menghadapi kehidupan sebagai pelajar yang semestinya banyak menghadapi tekanan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah sehingga ada sesetengah pelajar yang menghadapi depresi. Dengan adanya buku beliau, saya dapat menangani stress saya dengan betul dan dapat mengelakkan diri saya mengalami masalah mental yang lebih serius.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjadi pakar motivasi saya ketika saya berada dalam tekanan. Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan beliau tetapi melalui buku-buku beliau mampu untuk saya belajar cara untuk memotivasikan diri saya sendiri.

SEKIAN...

Comments

Popular posts from this blog

Wau Bulan: Warisan Budaya Negeri Kelantan

Kritikan Filem Tempatan: Filem Pulang

Pemikiran Sastera Islam (Profetik) oleh Kuntowijoyo