Menelusuri Dunia Sastera Bersama Mawar Safie
Alhamdulillah, saya dan rakan seperjuangan saya diberikan peluang untuk menemuramah figura hebat dalam bidang sastera bergenre cerpen iaitu Prof. Madya Dr. Mawar Safie pada minggu yang lalu. Dengan rasa rendah diri, saya dan rakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi pengalaman beliau sebagai penulis di tanah air ini.
Berikut merupakan biodata ringkas beliau yang dapat saya kongsikan. Dilajirkan pada 27 Februari 1971, Singapura. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1995) dan Sarjana Sastera (1997) dari UKM; Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan bandingan dari Nanyang Technological University, Singapura (2006). Beberapa tulisan akademik beliau terbit dalam jurnal dan majalah serantau. Beliau merupakan pengulas cerpen Dewan Siswa sejak 2007 hingga kini. Buku terbarunya ialah Alam Sekitar dalam Novel (Penerbit UKM, 2022) dan Narasi Musim Wabah: Antologi Cerpen Covid (Penerbit UKM, 2021). Kumpulan cerpen beliau ialah Zel (1998), Montaj II (2002), Masitah (2007, 2009), Narasi Gua dan Raqim (ITBM, 2013, 2014), Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah (DBP, 2015), Narasi dari Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya (DBP, 2021). Antara pengiktirafan yang diterima ialah menerusi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank @ Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil, Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Darul Takzim. Beliau merupakan penerima Anugerah Akademik Negara 2018 (Seni dan Kreativiti) dan SEA Write Award 2018. Pernah menjadi Profesor Pelawat di Universitas Negeri Jogjakata, Indonesia (2020) dan Penulis Tamu di Asia Creative Writing Program, Nanyang Technological University-National Arts Council of Singapore (2023). Kini merupakan Profesor Madya dan Ketua Kluster Warisan Melayu (2020-2023) di Pusat Kajian Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, UKM; pengkhususan beliau adalah sastera bandingan dan kreativiti. Boleh dihubungi di mawar.safei@ukm.edu.my
Saya dan rakan seperjuangan telah mengajukan kepada beliau sebagai pendorong kepada penulis muda seperti kami. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca dan penulis-penulis muda di luar sana.
Persoalan yang saya tujukan kepada beliau berkisar kepada dunia sastera kini. Seperti yang kita tahu, seorang penulis haruslah mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan karya kreatif. Oleh itu, saya dan rakan bertanyakan soalan ini kepada beliau agar dapat membantu penulis muda dan baru. Beliau mengatakan bahawa beliau cenderung untuk menulis kerana pelajarnya. Beliau mengatakan bahawa dengan penulisannya dapat memberi contoh kepada pelajarnya dan seterusnya dapat mendorong pelajarnya untuk menulis. Dr. Mawar juga mengatakan bahawa setiap sesi pembelajaran bersama pelajarnya, beliau akan menunjukkan contoh karyanya dan akan berbincang bersama pelajarnya di samping berkongsi idea.
Seterusnya, bagi seorang penulis khususnya beliau juga merupakan seorang pensyarah; masa amatlah penting. Oleh itu, Dr Mawar mengambil masa 2 atau 3 hari untuk menyiapkan satu cerpen lengkap. 4 jam untuk menaip dan 1 atau 2 hari untuk menyemak semula cerpen yang ditaip agar tiada kesalahan tatabahasa atau ejaan. Biasanya, beliau membuat dahulu draf cerpen sebanyak 3 kali sebelum menaipkan. Hal ini kerana, draf yang sudah kemas dapat memudahkan lagi proses menaip sebuah cerpen.
Saya juga bertanya pendapat Dr. Mawar tentang "trend" sekarang iaitu terbitan novel-novel picisin yang semakin banyak di pasaran. Kebanyakkan novel-novel picisan ini tidak dapat memberi manfaat kepada pembaca namun novel--novel ini lebih diminati daripada novel-novel yang mempunyai unsur sastera. Dan jawapan, Dr Mawar sangat memeranjatkan kami. Kami berfikir bahawa Dr. Mawar akan memarahi para penulis baru ini. Namun beliau hanya tersenyum dan mengatakan bahawa kita seharusnya meraikan penulisan mereka. Hal ini kerana, bukan mudah untuk menulis sebuah karya kreatif. Biarkan mereka menulis karya picisan terlebih dahulu kerana kahirnya mereka akan matang dan akan memilih membawa dan menulis perkara-perkara yang lebih matang dan bermanfaat. Ini kerana, usaha mereka untuk menulis juga merupakan satu permulaan yang sihat kerana tidak ramai penulis kini minat untuk menulis.
Sekian dahulu perkongsian saya bersama Dr. Mawar Safie. InsyaAllah jika saya mempunyai masa luang saya akan kembali berkongsi pengalaman saya bersama orang hebat dalam bidang sastera ini.

Comments
Post a Comment