Malam Puisi Riong: Memperkenal Sastera kepada Masyarakat
Malam Puisi Riong anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Berita Harian (BH) ini merupakan sebuah anjuran yang dapat mengangkat kembali martabat sastera dan memperkenalkan sastera kepada orang ramai. Puisi merupakan satu genre sastera moden yang kini menjadi kegemaran masyarakat untuk meluahkan emosi dan perasaan mereka. Hal ini kerana , puisi ini mampu menjadi wadah untuk masyarakat untuk menggabungkan intelektual dan emosi mereka dalam satu bentuk penulisan. Dalam konteks bidang sastera di Malaysia, puisi merupakan satu warisan budaya yang dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan. Dahulu, puisi ini sering ini sering digunakan untuk menaikkan semangat para pejuang kemerdekaan namun kini puisi sering digunakan untuk meluahkan perasan.

Comments
Post a Comment