Novel Tivi: Sastera atau Bukan?


Novel Tivi karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ini mengisahkan tentang keluarga Mat Isa yang tinggal di sebuah desa terpencil. Mereka hidup harmoni, hidup berlandaskan agama Islam dan hidup bersederhana. Chah, anak sulung Mat Isa dan Jeha telah membawa diri ke kota untuk bekerja. Namun, kepulangan anak mereka dari kota tersebut membawa 'tetamu' ke rumah akhirnya telah mendorong kepada pelbagai musibah yang dasyat. Antaranya berlaku perlakuan sumbang mahram si ayah dan juga si anak.

Novel Tivi ini menurut pandangan islam merupakan satu novel yang dianggap lucah dan tidak bermanfaat. Hal ini kerana, novel tersebut memaparkan tentang adegan lucah dalam televisyen serta imaginasi lucah Mat Isa. Selain itu, novel ini juga seolah-olah mengajak orang ramai untuk berpakaian untuk  berpakaian ketat dan tidak  senonoh. Pakaian yang dikenakan oleh watak Chah ini terlalu ketat sehingga menampakkan susuk badan dan segala lurah di badannya. Dia juga telah mengajar adik perempuan dan ibunya untuk berpakaian seperti dirinya kerana baginya cara berpakaian ibu dan adiknya kekampungan dan tidak  moden. Terdapat juga adegan suumbang mahram antara Mat Isa dan Chah. Semua  perkara  ini adalah dilarang oleh agama islam. Oleh itu, novel ini tidak sesui dikatakan sebagai novel sastera  kerana tidak berunsur indah dan bermanfaat. Walaubagaimanapun, novel ini dianggap memberi pengajaran kepada orang ramai oleh sesetengah ahli sastera kenapa memaparkan nilai hidup "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas  jahat" kerana pengakhiran novel ini, keluarga Chah  dipanah petir keatas dosa yang mereka lakukan.

Namun, menurut pandangan barat, novel ini dianggap sebagai novel yang bermanfaat kerana memaparkan situasi realisme dalam kehidupan. Hal ini kerana, apa yang dipaparkan dalam novel tersebut merupakan perkara yang benar-benar berlaku di dunia nyata. Oleh itu,  novel ini dikatakan sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan perkara yang tidak baik dalam kehidupan agar tidak mendapat hukuman. Novel ini dianggap memberi manfaat kepada khalayak kerana memaparkan nilai pegajaran bahawa buat baik dibalas baik dan buat buat dibalas buruk. Oleh itu, khalayak akan takut untuk melakukan perbuatan buruk agar tidak mendapat balasan buruk juga.

Pada pendapat saya sendiri, novel ini tidak  dapat dianggap sebagai novel sastera kerana novel itu sendiri tidak mempunyai perkataan indah dan bermanfaat melainkan perkataa-perkataan lucah. Seperti yang kita tahu, sastera itu sendiri bermaksud indah dan bermanfaat. Saya berpendapat bahawa novel ini  tidak mempunyai nilai  indah dan bermanfaat itu. Selain itu juga,  pengarang novel ini juga merupakan seorang yang beragama islam, sepatutnya beliau menulis karya yang mampu mmeberi manfaat kepada orang ramai  bukannya karya yang memberi dorongan kepada orang ramai untuk melakukan kemungkaran. 
 


 



 

Comments

Popular posts from this blog

Wau Bulan: Warisan Budaya Negeri Kelantan

Kritikan Filem Tempatan: Filem Pulang

Pemikiran Sastera Islam (Profetik) oleh Kuntowijoyo